
Apa yang AKU hendak kata tentang 1Malaysia ni berkaitan hidup AKU sehari harian...perhubungan AKU dengan BANGSA MALAYSIA penuh dengan kecurigaan. AKU pernah mengalami perkara yang agak kurang selesa apabila bergaul dengan BANGSA MALAYSIA yang lain. Mereka seperti memulaukan AKU yang tidak serupa warna kulit dan ras dengan mereka walaupun "KITA INI 1MALAYSIA" kenapa ini terjadi??...
Ini mungkin hasil daripada dasar kerajaan yang tidak menekankan perhubungan antara kaum sejak dari AKU masih hingusan. AKU rasa semua ini perlu berubah dan media sepatutnya perlu memainkan peranan yang sangat berkesan tidak hanya dengan mengapi-apikan semangat SATU KAUM dan memandang HINA KAUM yang lain....AKU rasa hidup ini hanya pura-pura sahaja didepan BANGSA 1MALAYSIA bermanis mulut tetapi di belakang HINA-menghina... Ibarat BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.Adakah kita hendak mewariskan NEGARA 1MALAYSIA yang hanya nampak tenang di atas tetapi penuh dengan gelora..
Oleh itu AKU sebagai salah SATU daripada BANGSA 1MALAYSIA berharap ini bukan hanya retorik mainan POLITIK yang dahagakan KEPOPULERAN dan SANJUNGAN daripada semua BANGSA 1MALAYSIA . usah gunakan 1MALAYISA sebagai 1 senjata untuk melagakan sesuatu BANGSA MALAYSIA. perkataan 1MALAYSIA bagi AKU amat mulia untuk digunakan oleh TANGAN-TANGAN yang KOTOR..........
No comments:
Post a Comment